Advertisements

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat Fasa 2 2022 

Advertisements

Yayasan Bank Rakyat mengajak calon yang layak untuk memohon tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tahun 2022.

Matlamat program ini adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan secara sepenuh masa.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Fasa 2 bagi tahun 2022 ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi seperti berikut:

  • Sijil Kemahiran
  • Diploma Kemahiran
  • Diploma

Kelebihan PPBU Bank Rakyat

Pembiayaan pendidikan boleh ubah bermaksud peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas.

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

Jumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)
  2. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).
  3. Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).

Kursus Yang Ditawarkan

Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Diploma dalam semua bidang pengajian, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang layak mestilah memenuhi syarat kelayakan umum seperti berikut:

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama & etnik.
  2. Layak mengikuti PENGAJIAN SEPENUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
  4. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat melalui atas talian di laman web Yayasan Bank Rakyat seperti di bawah.

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/

Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng IOI Tahun 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk Soalan Lazim atau hubungi nombor di talian 03 26129600.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements