Advertisements

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat Peringkat Kedua 2022 

Advertisements

Yayasan Bank Rakyat mengajak calon yang layak untuk memohon tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) peringkat kedua tahun 2022.

Matlamat program ini adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan secara sepenuh masa.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC) di peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Profesional
  • Doktor Falsafah

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program pembiayaan pendidikan ini.

Kelebihan PPBU Bank Rakyat

Pembiayaan pendidikan boleh ubah bermaksud peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas.

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

Jumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun
  • Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan umum seperti berikut:

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama & etnik.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
  3. Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
  4. Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.
  5. Syarat kelayakan lanjut bagi setiap peringkat pengajian boleh rujuk pautan Syarat Kelayakan.

Baca juga: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat Fasa 2 Bagi Diploma

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat melalui atas talian di laman web Yayasan Bank Rakyat seperti di bawah.

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/

Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00.

Cara aliran proses permohonan boleh rujuk infografik di bawah:

Tarik Permohonan

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat peringkat kedua 2022 akan dibuka mulai 12 September hingga 14 Oktober 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk Soalan Lazim atau hubungi nombor di talian 03 26129600.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.