Advertisements

Pembiayaan Pendidikan Untuk Pengajian Professional Perakaunan

Advertisements

Yayasan Peneraju mempelawa individu yang berminat untuk mendapatkan Certificate In Finance, Accounting And Business (CFAB)-  Association Of Chartered Certified Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) untuk memohon pembiayaan pendidikan bagi mendapatkan kelayakan pengajian professional perakaunan ini di INTEC Education College.

Pembiayaan pendidikan ini ditawarkan bagi meningkatkan bilangan akauntan profesional bertauliah dalam bidang perakaunan menerusi pensijilan CFAB–ACA.

Pelajar yang terlibat akan menjalani program Nurture and Develop Program (NDP) untuk meningkatkan kemahiran insaniah dengan baik sebelum menceburi bidang pekerjaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembiayaan ini dan pemohon yang berminat dialu-alukan membuat permohonan segera.

Tempoh Pengajian

Pelajar perlu melengkapkan kertas Certification, Professional and Advance papers (CFAB & ACA) dalam tempoh 3 tahun dan 6 bulan secara pengajian sepenuh masa.

Selain itu, pelajar juga perlu mengambil Advance papers and Training Contract (ICAEW) selama 3 tahun.

Anggaran keseluruhan tempoh pengajian pelajar yang mengambil persijilan ini ialah 6 tahun 6 bulan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Pelajar yang berminat perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 7A termasuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Lepasan SPM/O- Level (umur maksima 19 tahun).

Cara Memohon

Peserta yang layak boleh membuat permohonan melayari pautan permohonan Pembiayaan Pendidikan Professional Akauntan.

Baca juga: Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah Tahun 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 21 Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembiayaan pendidikan untuk Pengajian Professional Perakaunan ini, sila hubungi Cik Rifha di talian 03-8603 7078 atau hantarkan emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.