Advertisements

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022

Advertisements

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022 kini boleh dibuka untuk permohonan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.

Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ini ialah pembiayaan tanpa faedah.

Pembiayaan pendidikan yang ditawarkan adalah berbentuk pembiayaan boleh ubah dan biasiswa penuh yang disediakan kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi dan anggota koperasi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembiayaan pendidikan ini.

Kelebihan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa

Berikut merupakan kelebihan yang bakal anda nikmati melalui pembiayaan pendidikan Yayasan Angkasa:

1 – Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian Kelas dan Gred Pengijazahan.

SISTEM KELASPERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA
Pertama100% Biasiswa
Kedua Atas60% Biasiswa
Lain-lain100% Pembiayaan

2 – Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang Faedah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3 – Pelajar akan didedahkan dengan Program motivasi (untuk pelajar baru), Program kaunseling (bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80) dan Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir).

Syarat Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA Tidak Melebihi 40 tahun
  • Anak anggota koperasi Tidak Melebihi 25 tahun
  • Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
  • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
  • Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja).

Cara Memohon Yayasan ANGKASA

Pelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah berikut:

LANGKAH 1 : Pembayaran PIN PPYA 

  • Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
  • Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
  • Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
    Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
    Ref-2 : Nombor Telefon Anda

*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda

LANGKAH 2 : Terima SMS

Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti

Yayasan ANGKASA :  [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2022. Pin permohonan adalah [XXXXX]

*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)

LANGKAH 3 : Daftar

Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya

Baca juga: Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 Bagi Pelajar Ijazah

Tarikh Permohonan

Permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Angkasa akan dibuka mulai tarikh 1/8/2022 hingga 31/10/2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKSA ini boleh layari laman web rasmi yayasanangkasa.coop

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.