Advertisements

Tawaran Penajaan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA 2022

Advertisements

Sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk memohon penajaan di bawah Program Khas Ijazah Luar Negara Tahun 2022.

Bagi pelajar yang dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, bolehlah membuat permohohonan secara dalam talian mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Baca juga : Tawaran Program JPA Diploma to Bachelor 2022

Tarikh Permohonan

Permohonan program Khas Ijazah Luar Negara JPA boleh dibuat mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) hingga 24 Julai 2022 (Ahad)

Syarat Umum

Berikut merupakan syarat umum bagi permohonan program ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  • Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2022 dengan keputusan minimum yang ditetapkan.
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.
  • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.

Syarat Khusus

Berikut merupakan syarat khusus yang meliputi syarat akademik minimum seperti:

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM): minimum Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/4.00
  • Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): minimum PNGK 3.50/4.00.
  • A-Level dari pusat/kolej persediaan/IPTS tempatan: minimum 14/15 mata (tanpa C)
  • International Baccalaureate Diploma Programme (IB) dari pusat/kolej persediaan/IPTS tempatan: minimum 35/45 mata.

Tempat Pengajian

Untuk makluman, program ini hanya layak untuk pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia di ranking Top 100 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti, di negara-negara yang dikenal pasti sahaja.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bidang Pengajian

Terdapat dua bidang pengajian yang ditawarkan menerusi penajaan seperti:

  1. Bidang Kejuruteraan
  2. Sains & Teknologi

Kedua bidang ini adalah seiring dengan Dasar Sains, Teknologi dan Industri Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) Framework iaitu bidang teknologi teras (DeepTech) seperti:

  1. Kecerdasan buatan (Artificial Intelligence)
  2. Internet of Things (IOT)
  3. Blockchain
  4. Bahan dan teknologi termaju (Advanced Material)
  5. Analitik data raya (Big Data Analytic)
  6. Ekonomi hijau (Green Economy) yang melibatkan sektor-sektor utama seperti pembinaan, gunatenaga, pertanian dan pengangkutan.

Bidang Pengajian Tidak Ditaja

Manakala bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP)

Cara Permohonan

Pelajar boleh membuat permohonan program ini secara atas talian (online) di laman web yang tertera di pautan ini: https://esilav2.jpa.gov.my 

Tempoh yang diberikan adalah selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Info Lanjut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mngenai Program Khas Ijazah Luar Negara, sila emel ke [email protected] atau hubungi di talian 03-88853297

Baca juga : Pengambilan Pelajar Baharu Sesi Akademik 2022/2023 ASWARA

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements