Advertisements

Permohonan Pencen Rakyat Terengganu 2022

Advertisements

Rakyat Negeri Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara adalah dialu-alukan untuk memohon Pencen Rakyat Terengganu 2022.

Pencen Rakyat Terengganu dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara, tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta berada dalam golongan miskin.

Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan beban warga emas dari sudut kewangan.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022 melalui sistem i-Bantuan.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang bakal diterima pemohon adalah sebanyak RM600 setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 60 tahun ke atas pada 1/1/2022.
  2. Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon.
  3. Pemohon bukan pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM/MAIDAM/Perkeso atau mana-mana agensi kerajaan.
  4. Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2,500 sebulan.
  5. Penerima Pencen Rakyat tahun 2021 layak menerima semula bantuan 2022 sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
  6. Permohonan baharu juga dibuka bagi yang layak.

Syarat Utama i-Bantuan

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu membuat permohonan melalui sistem i-Bantuan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi permohonan menerusi i-Bantuan, syarat utama yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  4. Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
  5. Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.
  8. Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
  9. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  10. Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
  11. Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
  12. Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pencen Rakyat Terengganu, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.