Advertisements

Pendaftaran MUET Sesi 1 2022 Dan Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini

Advertisements

Pendaftaran MUET Sesi 1 2022 telah pun dibuka dan bagi anda yang mendaftar boleh berbuat demikian melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1 2022

Pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2021 akan dibuka dari 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022.

Baca juga: Apple Education Price – Beli Produk Apple Guna Harga Student

Cara Mendaftar MUET 2022

Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di :

  1. Sila ke pautan https://muet.mpm.edu.my/registration
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan
  3. Buat bayaran mengikut kaedah yang tertera

Kos Bayaran

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet atau kad kredit dipautan https://muet.mpm.edu.my

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jadual Tarikh Peperiksaan MUET 2022

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2022 untuk 3 sesi yang dikeluarkan oleh MPM.

MUET on Demand

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam.

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

Maklumat Lanjut

Untuk mengajukan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand, anda boleh:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.