Ijazah Lanjutan Perubatan atau MedEx merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Majlis Dekan Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bawah Akta 225.
Peperiksaan ini berfungsi sebagai salah satu kriteria saringan untuk memilih calon yang akan menyertai latihan pakar klinikal Universiti Awam (UA) di Malaysia.
Bagi individu yang ingin membuat pendaftaran Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEx) sesi peperiksaan Ogos 2022, bolehlah membuat pendaftaran mulai Jun 2022.
Baca juga : Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022
Tempoh Pendaftaran MedEx
Pendaftaran boleh di buat secara dalam talian (online).
TARIKH BUKA PENDAFTARAN
- Calon boleh membuat pendaftaran peperiksaan MedEx mulai 7 Jun 2022 (Selasa).
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Manakala tarikh akhir pendaftaran peperiksaan MedEx adalah 7 Julai 2022 (Khamis).
Yuran Pendaftaran MedEx
Calon yang ingin menduduki peperiksaan Ijazah lanjutan Perubatan (MedEx) akan dikenakan yuran pembayaran sebanyak RM800.00.
Tarikh Peperiksaan MedEx
Calon akan menduduki ujian peperiksaan pada 23 Ogos 2022 (Selasa).
Bidang Yang Ditawarkan
Bidang yang ditawarkan buat calon yang ingin menduduk peperiksaan sesi Ogos 2022 ini adalah seperti berikut:
- Plastic surgery (400/6)
- Obstetrics dam Gynaecology (400/15)
Cara Mendaftar MedEx
Ikuti langkah-langkah pendaftaran peperiksaan MedEx seperti berikut:
- Layari laman web seperti berikut : http://apps.mpm.edu.my/medex/public/register.
- Pada bahagian ‘Online Test’ klik butang ‘Select.’
- Isi butiran yang diperlukan.
- Muat naik gambar mengikut arahan yang ditetapkan.
- Klik butang ‘Proceed for Payment.’
- Buat pembayaran.
Tarikh Keputusan Peperiksaan
Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan MedEx adalah pada 13 September 2022.
Tempoh Sah Laku Sijil
Calon yang berjaya dalam peperiksaan ini akan mendapat sijil yang mana tempoh sah laku sijil adalah selama 3 tahun hingga ke 5 tahun.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau ingin mengtahui maklumat yang lanjut, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261634/1745 atau menghantar email ke alamat [email protected].

Baca juga: Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 SBP 2022- KISAS & SMAP LABU