Advertisements

Cara Daftar Dan Pengaktifan Touch N Go RFID Tag

Apa Itu Touch N Go RFID?

Advertisements

RFID ialah sistem pembayaran tol secara elektronik yang diperkenalkan oleh Touch n Go dengan hanya menggunakan pelekat atau sticker pada kereta.

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go di kaunter apabila kehabisan baki kredit.

Anda boleh menambah nilai menerusi dalam talian sahaja dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.

Pelekat tag RFID ini mempunyai cip frekuensi radio dalaman yang perlu dilekatkan pada badan kereta anda sama ada pada cermin depan atau lampu utama kenderaan.

Tidak seperti kad Touch n Go, RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan yang berdaftar sahaja memandangkan pelekat atau sticker RFID perlu dilekatkan pada badan kenderaan.

Disini kami ingin berkongsikan kepada anda cara untuk mendaftar dan mengaktifkan Touch ‘n Go RFID tag ini.

Baca juga: Semak Baki & Reload Touch ‘n Go Online (TNG eWallet)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Pemasangan RFID Di Kereta

  • Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu.
  • Buka pelekat dan tampalkan.
  • Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  • Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  • TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Cara Daftar Touch N Go RFID Tag

Berikut adalah cara-cara pendaftaran RFID:

Cara 1: Klik pada ikon ‘Toll’ di skrin utama dan kemudian pilih ‘RFID’

Cara 2: Klik butang ‘Activate RFID Tag’

Cara 3: Isikan maklumat anda

Cara 4: Daftar maklumat kenderaan anda

Cara 5: Masukkan nombor RFID tag 24-angka anda ataupun imbas kod bar yang tertera atas pakej TNG RFID Tag anda

Cara 6: Masukkan kod OTP

Cara 7: Proses pengaktifan mengambil masa dalam tempoh 24 jam

Sumber: Touch ‘n Go

Baca juga: Cara Refund Duit Kad Touch n Go Yang Rosak, Hilang, Expired

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.