Advertisements

Permohonan Pengambilan Khas Guru DG41 Secara Kontrak 2021

Advertisements

Individu yang berminat untuk memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bagi gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara, permohonan bagi jawatan ini telah dibuka.

Untuk pengetahuan, KPM melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) membuka tawaran ini kepada individu yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi seorang guru.

Permohonan bagi jawatan ini perlu dibuat melalui sistem myPDPP iaitu sistem yang diwujudkan bagi membolehkan permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara atas talian.

Permohonan bagi jawatan ini dibuka mulai 27 September sehingga 10 Oktober 2021 secara atas talian.

Penempatan Sekolah

Permohonan bagi pengambilan khas jawatan ini akan melibatkan penempatan sekolah berikut:

  • Sekolah Kebangsaan (SK).
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
  • Sekolah Menengah (Aliran Perdana/Teknik dan Vokasional).

Opsyen Yang Ditawarkan

Opsyen yang ditawarkan bagi pengambilan khas guru DG41 kontrak ini adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Kesihatan
  • Bahasa Semai

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Muzik

iii) Sekolah Menengah Aliran Perdana

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Tahfiz
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Seni Visual

iv) Sekolah Menengah (Aliran Teknik dan Vokasional)

  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Teknologi Pemesinan Industri
  • Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Teknologi Automotif
  • Akuakultur
  • Senibina Landskap
  • Pemprosesan Hasil Pertanian
  • Teknologi Enjin Marin
  • Teknologi Pembuatan Bot
  • Seni Reka Fesyen

Syarat Lantikan

Syarat lantikan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50.
  4. Pemohon memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
  5. Bagi pemohon yang memohon opsyen Bahasa Inggeris, mereka perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
  6. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
  7. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  8. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
    – Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai; atau
    – Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut; atau
    – Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

Pemohon Tidak Layak Memohon

Pemohon dalam kategori berikut tidak layak memohon bagi pengambilan khas jawatan guru DG41 kontrak ini iaitu:

  1. Pemohon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service).
  2. Pemohon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM.
  3. Pemohon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut:
    – Pemohon yang diisytiharkan bankrap.
    – Pemohon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
  4. Pemohon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana
    tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan pengambilan khas guru DG41 kontrak, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mypdpp.moe.gov.my.
  2. Klik ikon ‘Daftar Permohonan Baru.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Ya, Daftar Permohonan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Hantar.’
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pemohon yang didapati memberi maklumat yang salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan khas guru DG41 kontrak, sila hubungi Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM di talian 03-8312 6666/03-8312 6720.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.