Advertisements

Pengambilan Pelajar Baharu Sesi Akademik 2022/2023 ASWARA

Advertisements

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

Bagi mereka yang mempunyai minat mendalam dalam industri seni dan ingin mendapatkan pengajian lanjut, kini permohonan bagi pengambilan pelajar baharu ASWARA untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi sesi akademik 2022/2023 kini dibuka.

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Senarai program yang ditawarkan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah seperti berikut:

Program Diploma

  • Diploma Penulisan Kreatif
  • Diploma Filem dan Video
  • Diploma Animasi
  • Diploma Seni Muzik
  • Diploma Rekaan Komunikasi Visual
  • Diploma Seni Halus
  • Diploma Teater
  • Diploma Seni Tari

Program Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)
  • Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian

Syarat Kelayakan Kemasukan

Calon yang berminat boleh semak syarat-syarat kemasukan bagi setiap program pengajian menerusi pautan berikut :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kemasukan Program Pengajian di ASWARA

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuka sehingga tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2022.

Cara Memohon

Bagi mereka yang layak, anda boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Pergi ke pautan : http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Login.aspx?sl=0
  2. Daftar akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel pengaktifan akaun login dari ASWARA setelah butang Daftar diklik.
  3. Log masuk untuk mula mengisi borang da melengkapkan maklumat di laman ini.
  4. Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.
  5. Pastikan anda muat naik sijil-sijil akademik yang berkaitan terus ke pautan Google Forms berikut selepas anda selesai menghantar borang permohonan secara atas talian.
  6. Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Baca juga: Tawaran Program JPA Diploma to Bachelor 2022

Semak Keputusan Permohonan

Anda boleh menyemak keputusan permohonan anda melalui dua saluran iaitu:

  1. Semak melaui pautan web ASWARA dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberikan.
  2. Semak melalui SMS dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol ‘-‘], hantarkan ke 15888.

Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan bermula 18 April 2022.

Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 2 September 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan pelajar baharu ke ASWARA, sila hubungi pegawai di Unit Kemasukan dan Rekod ASWARA menerusi talian 03-2778 5961 atau layari laman sesawang https://www.aswara.edu.my/ 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements