Advertisements

PPSR Ganti UPSR 2018? Kenali Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

Adakah benar PPSR akan menggantikan UPSR pada tahun 2018? Berikut apa yang kami tahu tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah berdasarkan kenyataan media KPM selepas pengumuman keputusan UPSR 2017 yang lalu.

Untuk makluman, PPSR bukan sahaja melibatkan keputusan UPSR malah 3 lagi komponen utama iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Ini bermakna, pelaporan UPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.

Dan mengikut apa yang diberitahu Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, tidak semestinya dapat semua A dapat ke SBP. Dua A pun boleh. Tiada A pun boleh.

PPSR: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

pelaporan pentaksiran sekolah rendah

Tujuan pendidikan di Malaysia adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Jika sebelum ini keputusan UPSR dijadikan indikator kejayaan murid yang ditunggu-tunggu semua pihak, namun bermula tahun ini pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid mula dilaksanakan dengan memperkenalkan PPSR di semua sekolah.

Berikut huraian setiap komponen dalam PPSR.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

PBD dilaksanakan dalam semua matapelajaran.

Kaedah pentaksiran PBD termasuklah kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan / permainan.

Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Untuk maklumat lanjut tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah, sila muat turun di sini.

Bagi murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini, anda boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi pengajian 2018.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.