Advertisements

Permohonan Pengecualian Bayaran Fi LKM Kenderaan OKU

Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan insentif Pengecualian Bayaran Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan Orang Kurang Upada (OKU).

Pelaksanaan Pengecualian Bayaran Fi ini diwujudkan bagi meringankan beban OKU terutamanya dalam pandemik COVID-19 dengan mengecualikan pembayaran fi LKM bagi kenderaan mereka.

OKU yang ingin membuat permohonan pengecualian ini boleh menbuat permohonan mulai 15 Mac 2022.

Belanjawan 2022

Di bawah Inisiatif 4 “Pembangunan Komuniti Tumpuan” dalam Belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif bagi meringankan beban OKU di Malaysia.

Antara insentif yang dimumkan ialah kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran LKM kepada semua kenderaan persendirian yang dimiliki oleh OKU.

Kenderaan Motor OKU

Kenderaan motor OKU yang layak untuk menerima pengecualian bayaran fi ini adalah seperti berikut:

  • Kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja.
  • Kenderaan tersebut hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, pengecualian ini juga boleh dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

Cara Memohon

Permohonan bagi pengecualian ini boleh dibuat dengan pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk membuat permohonan.

Bagi pemilik kenderaan OKU yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022 yang lalu, mereka boleh menyerahkan semula semula LKM kepada pihak JPJ dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pengecualian Fi Bayaran LKM OKU, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.