Advertisements

Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Mulai 18 April

Advertisements

Pengeluaran khas KWSP diawalkan mulai 18 April diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Facebook rasminya sebentar tadi.

Ini berikutan menurut beliau, ramai yang bertanyakan dan meminta pengeluaran pengeluaran khas KWSP tersebut dapat dipercepatkan dari tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 20 April 2022.

KWSP dalam kenyataan semalam memaklumkan, sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

Baca juga: Semakan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10k

Jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat.

Tarikh tutup bagi kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022 dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Ini bermakna mulai esok, pemohon boleh menyemak akaun masing-masing. Pembayatan akan dibuat secara berperingkat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.