Advertisements

Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Tiada Sebab Keperluan

Advertisements

Zakat simpanan sememangnya wajib jika sudah cukup nisab dan haul. Ini termasuk juga dengan simpanan yang dibuat di KWSP khusus bagi yang telah membuat pengeluaran.

Berhubung pengumuman pengeluaran KWSP terakhir yang diumum oleh Perdana Menteri baru-baru ini, sesiapa yang berhajat untuk mengeluarkan wajiblah menunaikan zakat 2.5% ke atas jumlah pengeluaran tersebut.

Namun begitu, ianyanya wajib kepada mereka yang berhajat membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Berita AlHijrah yang bertarikh 18 Mac melalui Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman.

Ini kerana pembayaran zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2.5 peratus adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan bermula 1 April nanti.

“Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,” katanya kepada Berita AlHijrah.

Fatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-120 yang bersidang pada 1 November 2019M  Bersamaan 4 Rabiulawal 1441H (Jumaat) telah membincangkan dan membuat keputusan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bagi skim pengeluaran yang memenuhi syarat milk al-taam dan bukan bagi tujuan perbelanjaan hajah asliyahdan tiada had pengeluaran seperti pengeluaran simpanan melebihi RM 1 juta, pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun, pengeluaran meninggalkan negara, pengeluaran pekerja berpencen dan pesara pilihan, maka ZAKAT DIWAJIBKAN ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul.

Manakala baki simpanan KWSP dalam kategori ini yang tidak dikeluarkan selepas setahun (haul), adalah tertakluk kepada  hukum zakat simpanan berdasarkan baki wang simpanan yang telah genap setahun (haul) sekiranya mencapai nisab.

Bagi pengeluaran sebahagian di dalam akaun 2 apabila mencapai Umur 50 tahun, ZAKAT DIKENAKAN ke atas amaun yang dikeluarkan sahaja pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu  haul.

Bagi ahli yang tidak membuat pengeluaran pada umur 50 tahun, maka apabila mencapai umur 51 tahun WAJIBdikenakan zakat ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan kerana telah memenuhi  syarat milk al-taam kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul. Manakala baki simpanan di dalam akaun 2 yang tidak  dikeluarkan tidak perlu dizakatkan, kerana tidak memenuhi syarat milk  al-taam.

Baca juga: Bayaran Bantuan iSejahtera 2022 Dijangka Pada Hujung April 2022

Pengecualian Zakat KWSP 2.5%

Pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas keperluan seperti berikut:

  • Individu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan
  • Golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera
  • Pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahak seperti perubatan, pendidikan, dan seumpamanya.

Bagi skim pengeluaran untuk tujuan hajah asliyah seperti pengeluaran perumahan, pengeluaran pendidikan, pengeluaran kesihatan dan pengeluaran hilang upaya kekal mesyuarat  memutuskan bahawa TIDAK DIKENAKAN zakat ke atas pengeluaran-pengeluaran tersebut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.