Advertisements

Penguatkuasaan Face Mask Ada Tanda Sirim Di Tangguhkan

Advertisements

Pada 2 hari yang lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan setiap pelitup muka yang dijual haruslah mempunyai tanda MS Sirim dan akan dikuatkuasakan pada Julai tahun ini.

Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Ia memastikan pelitup muka yang dikeluarkan mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Walaubagaimanapun, hari ini KPDNHEP mengumumkan pewataan tersebut ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Baca juga: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000

Penangguhan itu dibuat setelah mendapat maklum balas daripada umum iaitu masyarakat pengguna dan juga industri yang terlibat dalam penghasilan dan pengeluaran pelitup muka.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam sesi khas pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 dengan pihak industri.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.