Advertisements

JHEAINS- Penyertaan Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR)

Advertisements

PENYERTAAN AKADEMI TARANUM NEGERI SEMBILAN (AKTAR)
KATEGORI MENGHAFAZ AL-QURAN

Sukacita dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mempelawa kepada individu-individu berkelayakan untuk mendaftar sebagai peserta Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR) seperti ketetapan yang dikongsikan di bawah ini.

Kategori Peserta

Berikut merupakan beberapa kategori peserta dalam pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran :

1) Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan)

  • Kategori Remaja
  • Kategori Dewasa

2) Hafazan Al-Quran (Lelaki dan Perempuan)

  • Kategori Juzuk 1-10 dan Taranum
  • Kategori Juzuk 1-20
  • Kategori Juzuk 1-30

Baca juga : Tawaran Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022 Kini Dibuka

Tarikh Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • 1 Ogos 2022 / Isnin.

Syarat Penyertaan

Berikut merupakan syarat-syarat am penyertaan :

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Keutamaan kepada peserta kelahiran Negeri Sembilan.
  4. Peserta yang bermastautin di negeri, hendaklah menetap di negeri sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum tarikh majlis diadakan.
  5. Peserta luar yang bekerja atau belajar di negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada majikan atau institusi masing-masing.

Nota : Muat turun syarat penyertaan di pautan bawah ini :

Cara Penyertaan

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pendaftaran :

  • Peserta dikehendaki mendaftar penyertaan di google form yang disediakan di pautan berikut :
    https://forms.gle/Afv9dPFztxyNZDfQ7
  • Pastikan pendaftaran telah lengkap sebelum menghantar ke urus setia.
  • Sebarang rayuan atau permohonan selepas tarikh pendaftaran tidak akan diterima.

Peringkat Saringan Audition

Setiap peserta mengikut kategori masing-masing akan diuji hafazan al-Quran melalui beberapa potongan ayat daripada juzuk-juzuk yang ditetapkan di hadapan para juri.

Peserta yang berjaya melepasi saringan Audition ini akan menyertai
AKTAR.

Maksimum seramai 30 orang peserta bagi setiap kategori
yang akan diterima ke peringkat seterusnya.

Peserta-peserta DIWAJIBKAN memenuhi jam kredit yang diperlukan untuk ke peringkat seterusnya.

Peserta yang gagal memenuhi jam kredit tanpa ada alasan yang munasabah penyertaan boleh ditolak.

Tarikh Pelaksanaan

  • Tarikh pelaksanaan Peringkat Saringan Audition akan dimaklumkan oleh pihak penganjur dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia ditalian :

No tel : 06-7664103 / 4105

Emel : [email protected]

Baca juga : Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam SMA Negeri Terengganu 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements