Advertisements

Perak Benarkan Rapatkan Saf Solat Jemaah Mulai 1 April

Advertisements

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkenaan fasa peralihan ke endemik yang bakal dilaksanakan pada 1 April akan datang, Negeri Perak mengumumkan kebenaran merapatkan saf bagi solat jemaah di masjid dan surau di negeri terbabit.

Perkara ini diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri ketika sesi Sembah Taklimat Aktiviti Masjid dan Surau di Perak. Kebenaran merapatkan saf solat akan dilaksanakan mengikuti keluasan ruang sebenar seperti sedia kala bermula solat subuh pada 1 April.

Selain solat fardhu, kebenaran terbabit juga terpakai untuk solat-solat lain seperti solat jumaat dan solat jenazah.

Bermula tarikh itu juga, Sultan Nazrin bertitah, solat Jumaat hanya boleh dilaksanakan di masjid atau surau diri Jumaat (SDJ).

Baginda bertitah, budi bicara masih diberikan terhadap pihak sekolah asrama penuh, sekolah, dan pusat pengajian seperti universiti, maktab, dan kolej untuk mengadakan solat Jumaat dalam surau, bangunan, atau kawasan institusi berkenaan demi melindungi keselamatan pelajar di institusi berkenaan.

Walaubagaimanapun, bagi aktiviti pengimarahan masjid di bulan Ramadan, Sultan Perak memberikan tanggungjawab kepada pegawai masjid atau surau. bagi menentukan bilangan rakaat Solat Tarawih yang difikirkan munasabah di masjid dan surau masing-masing.

Sultan Nazrin bertitah, turut dibenar bagi diadakan di masjid dan surau adalah aktiviti tadarus Al-Quran, begitu juga kuliah dan kelas pengajian serta penyediaan hidangan untuk berbuka puasa (Iftar), hidangan selepas solat Tarawih (moreh), mahupun hidangan sahur secara bungkusan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Aktiviti tazkirah selepas Witir dan program qiamullail juga dibenarkan namun setiap masjid dan negeri mestilah mengambil langkah preventif jangkitan berpandukan nasihat Jabatan Kesihatan bagi meminimumkan risiko jangkitan.

Bagaimanapun kelonggaran ini boleh ditarik balik sekiranya terdapat perakuan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan bahawa angka jangkitan di kawasan tertentu dianggap kritikal.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hendaklah mengeluarkan pekeliling terperinci mengenai kaedah dan tata cara pengurusan aktiviti di masjid dan surau.

Antaranya ialah perkara yang berkaitan dengan tahap kebersihan, kekerapan sanitasi, memastikan secara harian berlaku putaran udara bersih dalam bangunan SOP sedia ada seperti memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri akan diteruskan.

Baginda bertitah, berpandukan sembah taklimat Pengarah Kesihatan Negeri, peratus yang menerima suntikan dos penggalak masih rendah, terutama dalam kalangan penduduk di luar bandar dan umat Islam.

Baginda juga bertitah, PTAD dan OBJ hendaklah berperanan aktif menyedarkan rakyat khususnya di luar bandar mengenai kepentingan meningkatkan daya tahan tubuh atau imuniti untuk menangani wabak COVID-19 melalui suntikan dos penggalak (booster) vaksinasi.

Baca juga: Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal (MAIPk) 2022 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.