Advertisements

PerantiSiswa Diberi Terus Kepada Pelajar – PM

Advertisements

PerantiSiswa berjenama Samsung untuk semua mahasiswa dalam kalangan B40 diberikan secara terus tanpa perlu dipulangkan semula kepada kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian peranti adalah sebagai penghargaan kepada mahasiswa.

Perkara tersebut diumumkan ketika Perdana Menteri menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh pendaftaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia bagi memastikan lebih ramai golongan pelajar dan remaja memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa kekangan data.

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

  • Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
    • Android OS 10 dan ke atas
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    • Minimum RAM 4GB
    • Minimum storan 64GB
    • Slot SD Micro sehingga 256GB
    • Kamera hadapan minimum 2MP
    • Kamera belakang minimum 5MP
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    • Bateri minimum 4500 mAh
    • Pengecas USB disertakan
    • Papan kekunci bluetooth disertakan
    • Pen stylus disertakan.

Cara Memohon PerantiSiswa

Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Tarikh Permohonan Fasa 2

Tarikh permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 akan bermula pada 1 Ogos hingga 30 September ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan PerantiSiswa Fasa 2, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.