Advertisements

Peraturan Baru Covid-19 Untuk Masuk Ke Thailand Mulai 1 Julai

Advertisements

Pada 1 Jun yang lepas, pelancong asing yang lengkap divaksin bebas melancong ke mana sahaja di Thailand.

Pengembara yang tidak atau belum lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin mulai 1 Jun, tetapi mesti memuat naik bukti keputusan RT-PCR negatif atau ATK profesional dalam tempoh 72 jam perjalanan menerusi Pas Thailand.

Selain itu, setiap pengembara yang ingin ke Thailand perlu mendaftarkan diri di dalam sistem pra-ketibaan atau “Pas Thailand”.

Terbaharu, mulai 1 Julia akan datang pengembara yang ingin ke Thailand lagi membuat pendaftaran pra-ketibaan dan juga tidak perlu membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.

Baca juga: Prosedur Tuntutan Pampasan Penerbangan Ditunda/Dibatalkan

Langkah ini merupakan usaha kerajaan Thailand dalam menambah angka ketibaan pelancong dan memulihkan industri pelancongannya.

Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr. Taweesin Visanuyothin, bagaimanapun pengembara asing masih perlu menunjukkan bukti mereka sudah divaksin atau menunjukkan keputusan ujian COVID-19 negatif bagi yang tidak atau belum lengkap divaksin.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selain itu, arahan memakai pelitup muka juga akan dimansuhkan kecuali di tempat yang sesak dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements