Advertisements

Info & Perbezaan Dos Penggalak, Dos Primer, & Dos Tambahan

Advertisements

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini meneruskan Program Imunisasi Negara dengan melaksanakan Dos Penggalak atau booster dose kepada orang ramai.

Pelakasanaan dos penggalak ini pada awalnya dilaksanakan kepada:

  • Kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan
  • Pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised)
  • Warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

Tetapi, KKM memaklumkan bahawa dos penggalak kini turut diberikan kepada penerima vaksin Sinovac sekurang-kurangnya mereka yang telah mendapatkan vaksin tersebut dalam tempoh empat bulan yang lalu.

Namun tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan dos penggalak tersebut? Apa pula yang dimaksudkan dengan dos primer dan dos tambahan?

Dos Penggalak

Dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang telah mendapat ransangan imun yang optima tetapi tahap imuniti menurun selepas 6 bulan menerima dos primer yang lengkap.

Buat masa ini, dos penggalak yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah vaksin Comirnaty .

Dos Primer

Dos primer merupakan bilangan dos lengkap yang perlu diterima oleh individu yang layak bagi mendapatkan ransangan imun yang optima.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Contohnya dos primer untuk vaksin Comirnaty, CoronaVac, dan AstraZeneca terdiri daripada dos pertama dan dos kedua manakala bagi vaksin Convidecia (CanSino) dan Janssen terdiri daripada satu dos sahaja.

Dos Tambahan

Dos tambahan merupakan dos vaksin yang diberikan selepas menerima vaksin primer untuk mendapatkan ransangan imun yang optimum.

Dos tambahan perlu diberikan kepada individu yang layak sebagai sebahagian daripada dos primer.

Dos tambahan diberikan sekurang-kurangnya 28 hari selepas dos lengkap diterima.

Sasaran dos tambahan adalah kepada mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti penyakit kanser, penerima organ, pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis yang mana pemberian dos lengkap tidak cukup memberikan pelindungan kepada mereka.

Cara Mendapatkan Dos Penggalak

Individu yang ingin mendapatkan dos penggalak tidak perlu memohon sebaliknya akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera.

Bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, mereka akan menerima pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar.

Cara Mendapatkan Dos Tambahan

Tiada permohonan untuk dos tambahan dibuka kerana penerima akan dimaklumkan dan dos tersebut diberikan di fasiliti kesihatan terpilih di bawah pemantauan pakar perubatan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai dos dan vaksin COVID-19, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.