Advertisements

Perbezaan Penyakit HFMD, Chickenpx & Monkeypox

Advertisements

Selain COVID-19, terdapat beberapa penyakit kini yang boleh merebak dengan cepat iaitu Hand-Foot-Mouth Disease (HFMD), Chickenpox, dan Monkeypox.

Bagi penyakit HFMD dan Chickenpox, penyakit ini lazim diketahui di Malaysia terutamanya melibatkan pesakit daripada kalangan kanak-kanak.

Namun, bagi penyakit Monkeypox pula, penyakit ini telah menular dan merebak di beberapa negara lain di dunia tanpa mengira had umur.

Oleh itu, orang ramai perlu mengetahui gejala penyakit ini dan perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit ini.

Cara Penularan

HFMD dan Chickenpox menular melalui cecair, atau rembesan hidung, mulut, dan tekak, najis (HFMD sahaja), dan juga kontak dengan ruam/lepuh mereka yang dijangkiti.

Monkeypox pula menular melalui kontak langsung dengan cecair/rembesan badan dan juga ruam/lepuh pada manusia yang dijangkiti.

Jenis Ruam

Bagi HFMD, jenis ruam yang akan muncul ialah ruam/lepuh pada tangan, mulut, dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ruam bagi penyakit Chickenpox pula, pesakit akan mengalami ruam banyak pada badan dan boleh menjadi lepuh.

Untuk Monkeypox pula, pesakit akan mengalami ruam makulopapular dan lepuh.

Gejala Yang Dialami

Selain itu, pesakit HFMD dan Chickenpox akan mengalami gejala seperti demam manakala pesakit Monkeypox akan mengalami gejala seperti berikut:

  • Pembekakan kalenjar limfa.
  • Demam.
  • Sakit badan.
  • Tidak bertenaga.

Peringkat Umur Berisiko

Peringkat umur yang berisiko bagi penyakit HFMD adalah kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun manakala untuk Chickenpox, peringkat umur berisiko adalah kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke bawah.

Bagi Monkeypox pula, semua peringkat umur adalah berisiko menerima penyakit ini.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai HFMD, Chickenpox, dan Monkeypox, sila layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.