Advertisements

PERKESO- Caruman Siling Gaji Baharu Mulai September

Advertisements

Mulai 1 September 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menguatkuasakan siling gaji baharu untuk maksud caruman.

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso, dijangka 1.5 juta pekerja atau hampir 19 peratus daripada keseluruhan pencarum di seluruh negara terlibat dalam peningkatan siling gaji itu yang merangkumi pekerja tempatan dan pekerja asing.

Katanya, peningkatan siling itu susulan daripada pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang melibatkan peningkatan had siling gaji bagi maksud caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan.

Menurut beliau, langkah meningkatkan siling gaji itu akan menambah baik liputan keselamatan sosial Perkeso menerusi peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 25.3 peratus.

Baca juga : PERKESO- Cara Mohon Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 

Sejak penubuhan Perkeso pada 1971 hingga kini, peningkatan siling gaji telah dilaksanakan sebanyak lima kali menurut Ketua Eksekutif Perkeso.

Menurutnya lagi, langkah yang dilaksanakan itu sejajar dengan usaha berterusan agensi ini dalam menyediakan perlindungan sosial lebih komprehensif kepada pencarum dan orang tanggungannya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Peningkatan Bayaran Faedah

Peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 25.3 peratus.

Faedah Sedia Ada Caruman

Faedah sedia ada yang dinyatakan adalah di bawah Akta 800 seperti berikut:

  • Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)
  • Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
  • Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • Pencen Penakat dan Pencen Ilat di bawah Akta 4 serta Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
  • Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
  • Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Cara Pembayaran Caruman

Bayaran caruman hendaklah dibuat oleh majikan mengikut pindaan had siling gaji baharu bagi 1 September ini dan bulan seterusnya.

Oleh itu, majikan diminta mencatatkan jumlah potongan caruman dalam penyata atau slip gaji pekerja masing-masing bagi tujuan rekod dan aktiviti pemeriksaan oleh Perkeso.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut sila layari laman rasmi Perkeso di pautan https://www.perkeso.gov.my/

Baca juga : Tawaran Tambang Percuma Kepada OKU Hingga 30 September  

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.