Advertisements

Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan Johor Singapura Disambung Pada 1 Mei

Advertisements

Perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan Johor-Singapura akan disambung semula pada 1 Mei.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pengembara yang ingin merentas menggunakan perkhidmatan bas dan teksi ialah perlu lengkap vaksinasi.

Menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) bagi Covid-19, keputusan ini dibuat bersempena dengan pembukaan sempadan antara dua negara terbabit.

Menurut pengerusi MTF, Gan Kim berkata sasaran seterusnya adalah untuk membenarkan lebih banyak mod pengangkutan secara beransur-ansur.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan perkhidmatan bas rentas sempadan merangkumi Perkhidmatan 160, 170 dan 170X yang dikendalikan oleh SBS Transit Ltd, Perkhidmatan 950 oleh SMRT Buses Ltd, dan Perkhidmatan TS1, TS3, TS6 dan TS8 di bawah kelolaan Transtar Travel Pte Ltd.

Perkhidmatan bas VTL darat Malaysia-Singapura pada tahun 2021

Baca juga: Perkhidmatan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia Sempena Aidilfitri

Perkhidmatan ini tidak beroperasi sejak Mac 2020.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Waktu operasi perkhidmatan 160, 170, 170X dan 950 adalah antara 5.20 pagi dan 12.30 pagi dengan kadar kekerapan yang sama seperti pra-Covid sebelum ini.

Mengenai perkhidmatan teksi rentas sempadan, LTA memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).

Sumber: Sinar Harian

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.