Advertisements

Perkhidmatan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia Sempena Aidilfitri

Advertisements

Perkhidmatan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia bakal ditawarkan bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terutamanya kepada warga pantai timur.

Perjalanan tren yang akan bermula pada 29 April 2022 ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dan KTMB dalam mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya terutamanya di musim perayaan.

Memandangkan sudah 2 tahun tidak boleh beraya dikampung, pastinya kesesakan jalan raya meningkat mendadak menjelang Aidilfitri yang bakal di sambut tidak lama lagi pada tahun ini.

Selain itu, initiatif ini juga merupakan tanda kerajaan amat prihatin dengan rakyat Malaysia yang akan pulang berhari raya supaya dapat pulang ke kampung dengan selamat dengan harga tambang yang berpatutan dan juga menjimatkan masa.

Baca juga: Cara Mudah Tukar Duit Raya Melalui ATM Tanpa Perlu Ke Kaunter

Jumlah Tiket Yang Ditawarkan

Sebanyak 516 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan berkenaan yang akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur bermula dari Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur ke Stesen Tumpat, Kelantan.

Tarikh Perjalanan Pergi

Menurut KTMB, perkhidatan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia berkenaan akan berlepas pada 29 April ini, pada jam 11 malam dari Stesen KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Bandar Tasik Selatan
  • Kajang
  • Nilai
  • Seremban
  • Pulau Sebang
  • Mentakab
  • Jerantut
  • Gua Musang
  • Pasir Mas
  • Tumpat.

Perkhidmatan tren itu dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April, jam 3.55 petang.

Tarikh Perjalanan Balik

Perjalanan balik Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia dari Stesen Tumpat adalah pada 7 Mei, jam 10.50 malam dan akan tiba di Stesen KL Sentral pada 8 Mei, jam 3.04 petang.

Sumber: KTMB

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements