Advertisements

Permohonan Baharu UPU Online Sesi Akademik 2022/2023 Kini Dibuka!

Advertisements

Permohonan & Pendaftaran baharu UPU Online sesi akademik 2022/2023 untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti (KK), Politeknik & ILKA (Institusi Latihan Kemahiran Awam) kini boleh dibuat bermula Jun 2022.

Kemasukan sesi akademik 2022/ 2023 ini adalah khas untuk Lepasan SPM (setaraf) dan Lepasan STPM (setaraf).

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang permohonan baharu UPU Online bagi sesi Akedemik 2022/2023.

Baca juga : Permohonan Bantuan Persekolahan 2022 Zakat Perak-MAIPk

Tarikh Permohonan UPU Online 2022

Tarikh permohonan bagi kemasukan sesi akademik 2022/ 2023 adalah :

  • Buka : 1 Jun 2022
  • Tutup : 28 Jun 2022

Nota : Permohonan baharu hanya boleh dibuat bagi calon yang belum mengemukakan permohonan UPU Online pada 4 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022

Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2022

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan 2022/ 2023 yang meliputi tarikh buka:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Tarikh Buka Permohonan Online 2022/2023 : 4 Februari 2022 (12 tengah hari)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2022 (5 petang)
  • Tarikh Buka Permohonan Baharu 2022/2023 (bagi calon yang belum membuat permohonan) dan kemaskini pilihan program pengajian : 1 Jun hingga 28 Jun 2022
  • Tarikh kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar untuk lepasan STPM/ Setaraf (kecuali diploma/setaraf) : 22 hingga 26 Ogos 2022

Cara Permohonan UPU Online 2022/2023

Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah bersetuju untuk menanggung bayaran proses UPUONLINE/ Unik ID kepada setiap pemohon.

Oleh itu, setiap permohonan boleh dibuat tanpa perlu membeli ID pin unik.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan UPU secara online :

  1. Untuk membuat permohonan, sila klik pautan berikut : http://upu.mohe.gov.my
  2. Kemudian daftar dan log masuk ke aplikasi permohonan dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah disahkan.
  3. Setelah selesai mendaftar, cetak slip permohonan sebagai bukti permohonan dibuat.

Kategori Permohonan Program UPU Online 2022

Berikut terdapat dua (2) kategori permohonan UPU Online iaitu :

1) Permohonan Lepasan SPM Tahun

  • SPM 2021 (Kategori A)
  • SPM 2020 (Kategori B)
  • SPM 2019 (Kategori B)

2) Permohanan Lepasan STPM / SETARAF

  • STPM 2021
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2021 / 2022
  • STAM 2021 & 2020
  • Diploma / Setaraf
    • Diploma UA / Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IBD / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
    • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

Syarat AM Program UPU Online 2022

Berikut adalah syarat pemilihan program UPU online 2022 yang boleh dibuat:

Sila rujuk pautan yang disediakan dibawah :

Panduan Memilih Program

Sebelum membuat permohonan dan memilih program pelajaran, ikuti panduan dibawah terlebih dahulu sebagai rujukan :

  1. Melepasi syarat Am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

Semakan Rayuan UPU Online

Sebaik sahaja keputusan keluar, jika anda tidak layak ke mana-mana pilihan universiti, politeknik, kolej komuniti (ILKA), anda boleh buat rayuan terus.

Sila rujuk di pautan – Upu.Moe.Gov.My

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus ke :

  • Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
    Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No. 2 Menara 2,
    Jalan P5/6 Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Atau

  • Hubungi Talian Hotline : 03 – 8870 8200
  • Waktu talian dibuka : (Isnin – Jumaat) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Waktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin – Khamis), 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Baca juga :Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) Sehingga RM2,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.