Advertisements

Permohonan Bantuan AM Kebajikan MAINS

Advertisements

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membuka permohonan Bantuan Am Kebajikan kepada penduduk negeri sembilan bagi mereka yang memerlukan bantuan am.

Berikut dikongsikan cara untuk memohon Bantuan Am Kebajikan MAINS ini.

Syarat Kelayakan

Anak yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan am daripada MAINS ini mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Permohonan mestilah dibuat atas nama KETUA KELUARGA.
  2. Sila isi borang dengan JELAS dan LENGKAP menggunakan HURUF BESAR.
  3. Permohonan yang tidak jelas/ tidak lengkap/ mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.
  4. Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.
  5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa Masjid atau Pengerusi MPKK tempat tinggal pemohon.

Baca juga: Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi & Sijil Kemahiran MAINS

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan untuk memohon Bantuan Am ini.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjaga
  • Salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohon
  • Salinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika ada
  • Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang TERKINI
  • Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank ( milik pemohon )
  • Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen Nelayan
  • Salinan Penyata KWSP
  • Penyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan Rumah
  • Sebutharga barang dari kedai (jika berkenaan)

(Semua Salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi MPKK)

Cara Memohon

Bagi anda yang memerlukan bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang di pautan ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Anda perlu menulis sebab kenapa anda memerlukan Bantuan Am MAINS.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat bila-bila masa apabila memerlukan bantuan am.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjutmengenai Bantuan AM Kebajikan MAINS, sila emel ke [email protected] atau hubungi talian 06-765 1402 / 06-765 1405 / 06-762 0648.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.