PERMOHONAN BARU TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 SEKOLAH LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN

Bermula 19 Julai 2022, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan kepada Tingkatan 6 Semester 1 untuk sekolah luar Wilayah Persekutuan.
Bagi pelajar Tingkatan 6 yang inginkan mendapatkan bantuan pelajaran boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang telah disediakan secara dalam talian atau di cawangan PAZA MAIWP.
Borang permohonan perlu dihantar sebelum 19 Ogos 2022.
Baca juga : Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2022
Tempoh Permohonan
Pelajar boleh membuat permohonan mulai:
- Tarikh Buka : 19 Julai 2022
- Tarikh Tutup : 19 Ogos 2022
19 OGOS 2022
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
SYARAT PERMOHONAN
Syarat Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon:
- Beragama Islam
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
- Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan
- Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2022
Cara Memohon
Pelajar yang berminat ingin membuat permohonan, boleh dapatkan borang permohonan secara talian atau Cawangan PAZA MAIWP.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan borang secara online :
- Sila layari laman web di pautan berikut : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/68-bantuan-am-persekolahan.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Hantar borang permohonan sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan AM persekolahan boleh hubungi pihak MAIWP :
- Kuala Lumpur : 019-2008458
- Putrajaya : 011-59496216
Baca juga: biasiwa bank negara malaysia