Advertisements

iBAKIPT Fasa 2- Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah

Advertisements

iBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan buat anak-anak kelahiran Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Intitusi Pengajian Tinggi (IPT).

Mereka yang berjaya memasuki IPT berpeluang untuk mendapatkan bantuan awal kemasukan IPT (iBAKIPT) bagi Fasa ke-2 daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Bagi anak kelahiran Negeri Kedah yang memasuki IPT pada tahun 2022 dialu-alukan untuk membuat permohonan iBAKIPT secara atas talian.

Baca juga : Permohonan Kejora Bakti Siswa Bagi Lepasan SPM/STPM 2022

Tempoh Permohonan

Permohonan BAKIPT FASA 2 2022 telah dibuka mulai 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan. 

Kadar Bantuan

Jumlah sumbangan yang akan diterima oleh pelajar yang layak ialah sebanyak RM 300.00.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu di penuhi oleh pemohon:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000 dan ke bawah.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT Dalam Negera atau Luar Negara (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  • Permohonan dibuka untuk pelajar Semester Pertama kemasukan baharu tahun 2022 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kategori Pelajar Tidak Layak Memohon

Berikut adalah kategori pelajar yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar Sijil/Asasi/Matrikulasi/Foundation
  2. Pelajar Pasca-Siswazah (Sarjana/Master/Ph.D)
  3. Pelajar Separuh Masa
  4. Pelajar Luar Kampus
  5. Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
  6. Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
  7. Pelajar di bawah Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kaedah Permohonan

Ikuti cara-cara untuk membuat permohonan BAKIPT Fasa 2:

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian.
  • Sila layari laman web Sistem iBAKIPT SPPNK
  • Tekan butang ‘Daftar Pengguna Baru.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘Daftar.’
  • Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Pergi ke menu ‘Perkhidmatan’ dan tekan butang ‘BAIKPT.’
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen sokongan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
  • Salinan resit bayaran pendaftaran awal pengajian
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank
  • Borang pengesahan tempat tinggal oleh Penghulu Mukim (Bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)

NOTA :  Kesemua dokumen sokongan perlu dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / Adun Kedah. 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi SPPNK di talian 04 702 7272/7283 atau melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.

Baca juga : Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2022 Kini Dibuka

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements