Advertisements

Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022

Advertisements

Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 kini dibuka untuk permohonan kepada pelajar yang bermastautin secara tetap di Wilayah Persekutuan.

Bantuan ini diwujudkan hasil kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

PRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan.

Jenis Bantuan

Jenis bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Bantuan wang pendahuluan/pendaftaran.
  • Bantuan cermin mata percuma.
  • Sumbangan Laptop MAIWP.
  • Bantuan kelengkapan asas.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon bantuan ini:

  1. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
  2. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  4. Permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:
    • Salinan kad pengenalan pemohon & ibu bapa/penjaga
    • Salinan surat beranak pemohon & ibu bapa/penjaga
    • Salinan penyata bank
    • Bil yuran pelajar (jika berkaitan)
    • Penyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/ pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga
    • Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta

* Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan.

Cara Memohon

  1. Pemohon yang layak boleh dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN.
  2. Lengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022.
  3. Dapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)
  4. Penghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:

SEKRETARIAT JPKM 2022
Yayasan Prihatin Nasional,
No. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,
40170, Setia Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: +603-3358 8612

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022 dan permohonan terhad bagi 2000 orang penerima awal sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke [email protected] atau hubungi whatsapp: 012-2788612.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements