Advertisements

Permohonan Bantuan Baiki Rumah Setiap Negeri Di Malaysia 2022

Advertisements

Untuk makluman, Kerajaan telah mengadakan satu Program Bantuan Baiki Rumah di setiap negeri yang terdapat di Malaysia ini.

Program bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Berikut dikongsikan beberapa info mengenai Bantuan Baiki Rumah setiap negeri di Malaysia ini.

Baca juga :Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Kadar Bantuan Baiki Rumah

Jumlah bantuan ini adalah tertakluk kepada bantuan kewangan negeri masing-masing.

Syarat Kelayakan Baiki Rumah

Berikut adalah syarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri :

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
  2. Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
  3. disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  4. diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  5. diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  6. diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Nota : Bagi syarat-syarat khusus adalah tertakluk kepada bantuan yang ditawarkan di negeri tersebut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Keutamaan Diberikan

Selain memenuhi ciri-ciri kelayakan yang dinyatakan, turut diberikan keutamaan bantuan kepada :

  1. warga emas;
  2. orang kurang upaya (OKU);
  3. ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  4. mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar

Permohonan Bantuan Baiki Rumah

Berikut adalah laman sesawang permohonan bantuan baiki rumah bagi setiap negeri di Malaysia :

Negeri Laman Sesawang Setiap Negeri
WP Kuala Lumpurhttps://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-membina-membaiki-rumah-deposit-rumah
Perlishttps://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=168&Itemid=845&lang=ms
Pulau Pinanghttps://v2.zakatpenang.com/bantuan-baik-pulih-rumah/
Perakhttps://yayasanperak.gov.my/v6/sayangi-rumahku/
Kedahhttps://pbt.kedah.gov.my/index.php/baik-pulih-rumah-mpsp/
Selangorhttps://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2659
Melakahttps://www.maim.gov.my/index.php/my/berita-terkini/920-maim-bantu-baik-pulih-rumah-asnaf
Kelantanhttps://www.e-maik.my/v2/index.php/skim-bantuan/bantuan-pemulihan-kediaman
Terangganuhttp://www.maidam.gov.my/index.php/ms/arkib/arkib-berita/itemlist/category/3-profil
Pahanghttp://www.muip.gov.my/v4/baitulmal/zakat/skim-bantuan-zakat/
Negeri Sembilanhttps://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan
Johorhttps://www.maij.gov.my/archives/5329
Sarawakhttps://mpp.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub=page&id=146&menu_id=0&sub_id=147
Sabahhttps://egjpkn.sabah.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan baiki rumah ini, sila layari laman rasmi negeri masing-masing.

Baca juga : Permohonan Sayangi Rumahku 2022 (Baik Pulih & Bina Balik Rumah)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.