Advertisements

Permohonan Bantuan Dana Siswa HEPA UMT Untuk Pelajar B40

Advertisements

Bantuan Dana Siswa HEPA UMT untuk pelajar B40 kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak.

Untuk info, Bantuan Dana Siswa HEPA UMT merupakan satu bantuan yang diwujudkan untuk membantu pelajar dari keluarga B40 dalam melancarkan proses pembelajaran demi mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan kepada pelajar yang berminat untuk memohon:

  • Terbuka kepada semua pelajar Pra-Siswazah UMT.
  • Pelajar Islam atau non Muslim berstatus aktif.
  • Pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan B40.
  • Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang Kritikal.

Tarikh Permohonan

Pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan mulai 8 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022.

Baca juga: Cara Mohon Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 

Cara Memohon Bantuan Dana Siswa HEPA UMT

Pelajar yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan di atas boleh memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Log masuk di Portal MyNemo iaitu https://mynemo.umt.edu.my/.
  • Klik bahagian ‘HEPA.’
  • Pilih bahagian ‘My Ihsan.’
  • Klik bahagian ‘Permohonan Baru’ dan isi atau kemaskini profil pemohon.
  • Pilih bahagian ‘Dana Asnaf’ dan isi maklumat yang berkaitan.
  • Hantar permohonan untuk pengesahan lanjut.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan dari HEPA UMT ini, sila hubungi nombor di talian 09-668 4323.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.