Advertisements

Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Advertisements

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) adalah bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dari semua golongan bangsa dan agama.

KWAPM merupakan bantuan yang akan diberikan kepada murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah bantuan secara ‘one off’ yang diberi kepada murid-murid yang layak pada setiap tahun.

Objetifnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengelakkan sama tiada murid yang keciciran dalam akademik disebabkan kemisikanan, di samping dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara holistik.

Pelaksanaan Bantuan KWAPM ini telahpun dibincangkan secara terperinci oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekelling Kewangan yang dikeluarkan sebaga Bilangan 2 Tahun 2017.

Permohonan bantuan KWAPM ini adalah secara automatik bagi keluarga yang telah pun mempunyai status pengesahan MISKIN. Namun demikian, adakah anda tahu bahawa terdapat satu kategori bantuan di bawah Bantuan KWAPM yang boleh dimohon sepanjang tahun?

Berikut adalah maklumat terkini tentang bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang berkelayakan mendapat bantuan perlu memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai.
  2. Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
  3. KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
  4. Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
  5. Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan  (PGK) Nasional semasa.
  6. Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM.
  7. Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
  8. Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP)  atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM.
  9. Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, anda boleh mengisi borang berikut:

Kepada waris-waris pelajar, borang ini boleh diisi dengan lengkap dan semua dokumen salinan perlu dicop dan kemudian diserahkan kepada pihak sekolah.

Semua murid Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

Sistem eDamak akan diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) manakala Sistem eKASIH pula akan diselia oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, maka mereka boleh membuat permohonan melalui laman web eKasih.

Bagi murid Orang Asli Penan yang berdaftar, pihak sekolah perlu mengemukakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1) dan pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6).

Borang Permohonan KWAPM juga boleh dilakukan oleh Guru kelas mengemaskini maklumat di dalam Modul Pengurusan Murid – Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

Semak senarai murid di dalam menu Permohonan Sekolah dan bentang senarai nama murid tersebut di dalam mesyuarat JK Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) JBPS akan memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan KWAPM di dalam Mesyuarat JBPS berdasarkan SPK Bil. 2/2017.

Proses permohonan boleh dirujuk di Carta Aliran

Kadar Bantuan KWAPM

Jenis Data/Status KemiskinanBantuan Am Persekolahan (BAP)
i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)RM100 setahun – Sekolah Rendah
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)RM150 setahun – Sekolah Menengah
iii. Data Murid Orang Asli sama ada berstatus Miskin dan Miskin Tegar

Baca juga: Permohonan Program Transformasi Belia Ternak Negeri Johor 2021

Cara Pembayaran Bantuan

Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Permohonan KWAPM Kecemasan

KWAPM Kes Kecemasan adalah bantuan yang boleh dipohon sepanjang tahun berdasarkan kes bencana dan syarat kelayakan pemohon.

Kes kecemasan ini termasuklah:

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang bersekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang Pendapatan Isi Rumah di bawah PGK Nasional 2016 semasa kes berlaku layak membuat permohonan.

  1. Ketua Isi Rumah Meninggal Dunia
  2. Bencana Alam
  3. Kediaman Terbakar
  4. Ketua Isi Rumah Hilang Upaya Untuk bekerja
  5. Cicir Akibat Kemiskinan

Kadar bantuan adalah RM300 bagi sekolah menengah manakala RM200 bagi sekolah rendah.

Setiap permohonan adalah secara one-off, manakala tempoh permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan daripada berlakunya kes bencana.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berkaitan KWAPM boleh hubungi:

Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok e12,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.
Telefon / Faks: +603-88847002/7091/7088/7020/7647/7303
Emel: [email protected]

Disamping itu, pelajar dan Ketua Isu Rumah juga boleh merujuk Surat  Pekeliling Kewangan (SPK) Bil .1 Tahun 2019: Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untu makluman lanjut

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.