Advertisements

Permohonan Bantuan Program BUDI Pendidikan Pelajar MRSM B40

Advertisements

Program BUDI MARA adalah inisiatif keprihatinan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memfokuskan bantuan penuh persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan daripada keluarga B40.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kesamarataan kepada pelajar yang terdiri daraipada keluarga kategori B40 supaya mendapatkan pendidikan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian mereka di MRSM.

Pelaksanaan program ini selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekurang-kurangnya 60 % adalah daripada kalangan keluarga B40.

Selain itu, kriteria status sosioekonomi dan kecemerlangan pelajar juga turut diambil kira menerusi sistem merit.

Baca juga: Permohonan Online Kemasukan Kolej Professional MARA 2022/2023

Bentuk Bantuan Yang Diberikan

Berikut merupakan bentuk bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang tersenarai untuk menerima bantuan BUDI MARA:

  1. Yuran persekolahan
  2. Pakaian sekolah
  3. Barangan keperluan harian
  4. Peralatan pembelajaran
  5. Tambang perjalanan cuti semester
  6. Pakaian sukan
  7. Barangan keperluan peribadi
  8. Wang saku bulanan RM50
  9. Pengecualian bayaran wang caruman

Syarat Kelayakan Pelajar

Pemohon yang ingin memohon bantuan Program Budi MARA ini haruslah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Keluarga mempunyai 5 orang tanggungan dan keatas.
  2. Berpendapatan Isi Rumah kurang daripada RM1,500.
  3. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

Proses Pemilihan Pelajar

Pemilihan pelajar akan di buat oleh pihak MRSM bagi memastikan pelajar yang layak sahaja akan mendapat bantuan pendidikan BUDI MARA ini.

Berikut merupakan proses pemilihan pelajar dibuat:

  1. Nama pelajar akan dimuat turun daripada Sistem Permohonan MRSM dan 1000 orang pelajar akan disenarai pendek untuk disiasat.
  2. Pejabat MARA Negeri akan mengaadakan mesyuarat bersama pihak MRSM dan Pengawai MARA Daerah serta proses siasatan dan outreach akan bermula di seluruh negara.
  3. Mesyurat Jawatankuasa pemilihan pelajar berdasarkan merit yang di tentukan daripada pencapaian akademik, pendapatan ibu bapa dan tanggungan.
  4. Mesyuarat Penyelarasan Penempatan serta pengesahan data pelajar dan penempatan ke MRSM.
  5. Pelajar melaporkan diri di MRSM.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan Program BUDI MARA ini, anda boleh terus ke lawan Rasmi MARA di pautan ini
https://www.mara.gov.my

Baca juga: Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.