Advertisements

Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online

Advertisements

Bantuan Sihat Selangor merupakan satu inisiatif
kerajaan dalam memberikan bantuan rawatan kesihatan bagi rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2009, banyak penambahbaikan serta mempelbagaikan jenis kemudahan bantuan.

Ini membuktikan kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat sejak dahulu lagi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Sihat Selangor ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi rakyat negeri Selangor dan penduduk yang telah bermastautin boleh memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan permohonan di bawah:

  1. Pemohon mestilah merupakan Rakyat Negeri Selangor atau sedang bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10
    tahun (mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu / Ketua Kampung / JKKK Kampung / Ketua
    Penduduk / Ketua Komuniti)
  2. Mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 ke bawah
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana program atau
    organisasi
  4. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki tanggungan yang ramai, ketua keluarga yang telah meninggal,
    ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
  5. Pemohon mesti mendapatkan rawatan untuk katarak mata, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan di hospital
    kerajaan sahaja
  6. Bagi permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata, pemohon perlu membuat permohonan sebulan lebih awal
    daripada tarikh pembedahan berlansung
  7. Sebarang tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak akan dipertimbangkan
  8. Permohonan mengenai Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak akan dipertimbangkan
  9. Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan kakitangan kerajaan atau penjawat awam tidak akan dipertimbangkan.

Cara Memohon

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan permohanan, anda boleh melakukan permohonan di pautan berikut:

Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor Online

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jenis Bantuan Sihat Selangor

Berikut adalah jenis bantuan yang diberikan dalam program ini.

  1. Dialisis Buah Pinggang
    Pemohon atau pesakit buah pinggang yang berkelayakan boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat hemodialisis
    hospital kerajaan atau swasta.
    Bayaran bantuan akan dibayar secara terus ke hospital tersebut bagi pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan.
  2. Katarak Mata
    Katarak mata atau bular merupakan sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun serta
    menjejaskan penglihatan seseorang yang boleh menyebabkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.
  3. Pembedahan
    Bantuan bagi pembedahan pula meliputi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya sekali.
    Pembedahan yang ditanggung hanyalah pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan sahaja.
  4. Kaki Palsu
    Pemohon yang berkelayakan khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan boleh
    membuat permohonan pembelian peralatan mahupun kos rawatan pesakit.
  5. Lain-lain permohonan
    Pemohon juga boleh membuat permohonan peralatan dan lain-lain jenis rawatan yang dijalankan di hospital kerajaan.

Baca juga: CanSEL 2022, Solusi Penjagaan Pesakit Kanser Untuk Rakyat Selangor

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Oktober untuk setiap tahun. Setiap pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan
bantuan Sihat Selangor, sila hubungi butiran berikut:-

Telefon : 03-55447453 / 7628
Emel : [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.