Advertisements

TASPEN-Permohonan Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Advertisements

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

Bantuan ini di wujudkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat dalam membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

Selain itu, dapat mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi serta dapat mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

Kadar Bantuan TASPEN

Kadar simpanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM200.

Syarat Bantuan TASPEN

Berikut adalah syarat-syarat bagi penerima manfaat bantuan TASPEN ini :

  1. Warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
  6. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019).

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

  1. Salinan Sijil Kelahiran atau Salinan Mykid.
  2. Salinan Kad Pengenalan (Mykad) Ibu atau Bapa yang lahir di Perak.
  3. Salinan Penyata Pendapatan yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan (untuk yang bekerja)
  4. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.

Cara Mohon Bantuan TASPEN

Terdapat dua cara untuk memohon bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Muat turun Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
  2. Boleh juga dapatkan borang secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Cara Mohon SSPN-i

Dimaklumkan bahawa, bentuk TASPEN adalah merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak melalui Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN).

Bagi pemohon yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i boleh muat turun Borang Pembukaan Akaun SSPN-i ini.

Kemudahan Simpanan SSPN-i

Berikut adalah kemudahan yang boleh didapati apabila anda membuat simpanan di SSPN-i

  1. Perbankan Internet
  2. JomPAY
  3. Kaunter Ejen PTPTN
  4. e-pay
  5. ATM/CDM/CICO

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut, sila ke laman rasmi Yayasan Perak

Wisma Yayasan Perak,
No 111. Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh,Perak
Tel : 05-255 2929 Faks : 05-253 1701

Baca juga : Bantuan RM1,000 Iltizam Mahasiswa Selangor Bagi Pelajar Dari B40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.