Advertisements

Permohonan Bantuan Zakat UniSZA 2022 Kini Dibuka

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini menawarkan Bantuan Zakat buat pelajar yang sedang menjalani pengajian (aktif) di UniSZA.

Permohonan Bantuan Zakat ini diuruskan oleh Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Tawaran Bantuan Zakat ini dibuat adalah untuk membantu pelajar-pelajar UniSZA yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dalam meneruskan pembelajaran di universiti.

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon Bantuan Zakat uniSZA serta memenuhi syarat yang ditetapkan bolehlah buat permohonan sebelum tamat tempoh.

Disini kami kongsikan beberapa maklumat lanjut mengenai Bantun Zakat uniSZA ini.

Tarikh Permohonan

Permohonan zakat ini akan dibuka mulai 25 Ogos 2022 (Rabu) hingga 8 September 2022 (Khamis) melalui Portal Pelajar UniSZA.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Zakat Pelajar UTHM SEM 1 2022/2023

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kriteria Pemohonan

Kriteria permohonan yang perlu dipenuhi oleh pelajar ialah:

  • Beragama Islam.
  • Pelajar Sepenuh Masa UniSZA.
  • Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah.
  • Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

Tatacara Permohonan

Ikuti langkah-langkah permohonan dibawah:

  1. Sila layari pautan Portal Pelajar UniSZA di https://siswa.unisza.edu.my/login.php.
  2. Masukkan Id dan Kata Laluan.
  3. Tekan butang ‘Bantuan Kebajikan Pelajar’ dan ‘Bantuan Zakat.’
  4. Kemudian tekan butang ‘Permohonan.’
  5. Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat.

Pertanyaan Lanjut

Sila hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942/8401 untuk mengetahui info yang lebih lanjut.

Baca juga : YPJ- Cara Mohon Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Negeri Johor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.