Advertisements

Permohonan Biasiswa Albukhary Bagi Pelajar AIU Sesi 2022/2023

Advertisements

Albukhary International University (AIU) merupakan antara universiti antarabangsa yang unggul di Malaysia. Ianya terletak berhampiran bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah di utara Malaysia.

Di AIU, pelajar didedahkan kepada pendekatan pendidikan holistik melalui gabungan program penglibatan akademik dan sosial yang dijalankan sepanjang tempoh pengajian.

AIU mempelawa pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulm untuk ke memohon Biasiswa Albukhary bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk meneruskan pendidikan di tempat lagi tinggi.

Biasiswa ini ditawarkan untuk anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Al-Bukhary International University (AIU).

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Berumur antara 18 hingga 22 tahun.
  2. Status perkahwinan bujang.
  3. Pendapatan isi rumah di bawah USD 300 untuk pemohon antarabangsa dan MYR 2,400 (Sabah dan Sarawak), MYR 5,300( W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya & W.P Labuan) atau MYR 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang).

Cara Memohon

Pelajar yang ingin memohon biasiswa ini perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Mengisi borang permohonan secara atas talian.
  2. Muat turun Manual Tatacara Permohonan Biasiswa.
  3. Melengkapkan dokumen sokongan.
  4. Menulis 3 karangan bertajuk di bawah:
    • Mengapakah Yayasan Albukhary perlu menaja anda?
    • Bagaimanakah biasiswa akan memberi kesan kepada masa depan anda?
    • Apa yang menjadikan anda calon yang sesuai dan baik – sebarang kemahiran, pengalaman atau pencapaian yang berkaitan yang diperoleh daripada pendidikan, kerja atau aktiviti lain.
  5. Pelajar yang layak ke peringkat seterusnya akan dipanggil untuk temuduga.

(tulis sekurang-kurangnya 150 perkataan dalam bahasa Inggeris)

Dokumen Yang Diperlukan

Baca juga: Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Proses Saringan

Pelajar yang memenuhi kriteria akademik dan biasiswa akan dipanggil untuk sesi temuduga dan aspek-aspek berikut akan dinilai secara menyeluruh semasa sesi temuduga.

  • Status Sosioekonomi 40%
  • Kemahiran Komunikasi 25%
  • Personaliti & Sikap 20%
  • Pertahanan Kenyataan Peribadi 15%

Permohonan biasiswa adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Biasiswa Jawatankuasa. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tiada rayuan akan dilayan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements