Advertisements

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Tahun 2022

Advertisements

Biasiswa Anak Yatim ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah
kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Anak Yatim bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayayasan Pahang seperti perkongsian info dibawah ini.

Baca juga : Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang Bagi Lepasan STPM

Tempoh Permohonan

Pemohon bleh membuat permohonan mulai 15 September 2022 (Kahmis) hingga 5 Oktober 2022 (Rabu).

Kadar Penajaan

  • Kadar penajaan akan diberikan sebanyak RM 7,000 setahun untuk yuran pengajian dan sara hidup.
  • Tajaan akan diberikan semasa diperingkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon Biasiswa Anak Yatim:

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    1. Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
    2. Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
    3. Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan
      RM4,850/bulan dan kebawah.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Cara Mohon

Setiap permohonan hendaklah dibuat menerusi talian. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Layari laman web –DISINI
  • Tekan bahagian ‘Permohonan Biasiswa’.
  • Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’.
  • Tekan bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
  • Sila isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Tekan butang ‘Daftar.’
  • Tekan skim biasiswa yang ingin dipohon.
  • Isi semua maklumat permohonan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
  • Cetak borang permohonan dan email kepada [email protected]

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Biasiswa Anak Yatim, sila ke laman webdi pautan : https://www.yp.org.my/biasiswa-anak-yatim-2022/

Baca juga : i-Belia: Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.