Advertisements

Permohonan Biasiswa Ibnu Haitham 2022

Advertisements

Biasiswa Ibnu Haitham 2022 kini dibuka untuk permohonan khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin yang menuntut di Universiti Multimedia (MMU).

Biasiswa ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau B 40 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.  

Tajaan biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di MMU bagi peringkat Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Biasiswa ini.

Kadar Dan Tajaan Biasiswa Ibnu Haitham 2022

Pelajar yang berjaya menerima biasiswa bakal nikmati Biasiswa Penuh dan ianya tertakluk pada terma dan syarat. Antara tajaan yang akan diberikan adalah

  • Kos yuran pengajian dan asrama
  • Elaun sara hidup
  • Elaun buku
  • Program pembangunan pelajar

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berkelayakan Asnaf Muslim Fakir & Miskin sahaja
  • Berkelayakan akademik seperti berikut :
  • SPM – Minimum 4 A
  • STPM / Diploma / Asasi – PNGK 3.00 dan ke atas

Baca juga: Biasiswa Alumni Yayasan Pak Rashid Untuk Pelajar UPM

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan boleh mengemukakan permohonan melalui pautan berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

https://yum.mmu.edu.my/assistance/scholarship/ibnu-haitham-scholarship/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Ibnu Haitham 2022, sila hubungi talian +03 – 8312 5103 / 5040 / 5043 atau hantarkan e-mel ke alamat [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.