Advertisements

Permohonan Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam YDD

Advertisements

Yayasan DayaDiri (YDD) ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah dan programnya diketuai oleh Sekretariat.

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DayaDiri terdiri daripada:

  • YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda
  • Yang Berbahagia Dato’ Badri Haji Masri
  • En Mohamad Shahrin Merican
  • Cik Faridah Stephens
  • En Shaharul Rezza bin Hassan

YDD mewujudkan peluang kepada individu dan komuniti untuk cemerlang dengan menyediakan pelbagai biasiswa yang meliputi pendidikan menengah sehingga pendidikan eksekutif, dan sokongan untuk pembangunan komuniti, latihan teknikal dan vokasional, dan program kebajikan am di Malaysia.

Objektif program biasiswa IPTA adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Biasiswa ini terbuka kepada semua bidang pengajian sarjana muda; keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mengambil kursus-kursus kritikal untuk pembangunan ekonomi negara atau kursus-kursus yang akan memenuhi permintaan semasa tenaga mahir dalam industri berkemahiran tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Biasiswa IPTA YDD ini.

Nilai Biasiswa Yang Ditawarkan

Nilai biasiswa yang ditawarkan meliputi bayaran penuh yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

IPTA Terpilih YDD

Biasiswa ini terbuka kepada semua calon lepasan pra-universiti/ diploma/ STPM yang telah mendapat tawaran kursus sarjana muda, atau calon yang akan memulakan pengajian Tahun Kedua, daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dalam senarai berikut:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi semua kriteria berikut:

  1. Bumiputera Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak;
  2. Jumlah pendapatan keluarga seluruh isi rumah kurang daripada RM4,850 sebulan;
  3. Telah mendapat tawaran daripada institusi pengajian yang berkaitan;
  4. Akan mengikuti pengajian sarjana muda untuk kali pertama;
  5. Minimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-universiti/ diploma/ STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama, ATAU minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian sarjana muda Tahun Kedua;
  6. Belum mendapat biasiswa daripadan badan- badan lain; dan
  7. Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.
  8. Pemohon biasiswa yang berjaya perlu memenuhi pemeriksaan perubatan sebelum ditawarkan biasiswa.

Cara Memohon

Borang ini hanya tersedia atas talian sahaja. Pemohon yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Klik butang Mohon Sekarang di halaman Biasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam di laman web.
  2. Lengkapkan borang permohonan dalam talian dan ikuti arahan permohonan.
  3. Pemohon perlu memuat naik sijil dan dokumen sokongan semasa mengisi borang atas talian.
  4. Tekan butang hantar.

Baca juga: Tawaran Penajaan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Julai 2022. Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi dalam masa empat minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman Facebook Yayasan DayaDiri dan Twitter @DayaDiri atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements