Advertisements

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 Kini Dibuka

Advertisements

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 kini dibuka untuk permohonan khas untuk anak jati negeri itu.

Biasiswa ini adalah kepada calon yang layak yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang kritikal.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini dan butiran lanjut permohonan.

Bidang Dan Peringkat Pengajian Yang Diterima

Biasiswa ini hanya ditawarkan bagi pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang-bidang yang dianggap kritikal sahaja bagi menampung kekurang sumber tenaga kerja dalam bidang-bidang

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juru Ukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juru Ukur
  • Perubatan
  • Perindustrian
  • Perubatan Veterinar
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Alam Sekitar
  • Pendidikan
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Pengajian Islam
  • Seni Bina (Architecture)
  • Bahasa Inggeris
  • Seni Kreatif
  • Bahasa Cina
  • Ukur Bahan
  • Pengajian Islam
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Ladang
  • Perlombongan & Geologi
  • Renewable Energy
  • Oil & Gas

3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

4. Pengajian ke Luar Negara

Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.

Baca juga: Tawaran Biasiswa Penuh FGV Kepada Pelajar Lepasan SPM 2021

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh calon-calon yang ingin memohon biasiswa ini:

  1. Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
  2. Melepasi syarat-syarat akademik bagi setiap peringkat dan bidanng pengajian seperti yang dipaparkan dalam Iklan BKNS Tahun 2022 di pautan https://biasiswa.sabah.gov.my/iklan-bkns-2022.pdf

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2022 ini dibuka mulai 21 Jun 2022 sehingga 2 Julai 2022. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh berhubung dengan saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements