Advertisements

Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2022

Advertisements

Bank Negara Malaysia (BNM) komited dalam usaha membentuk bakat muda negara menerusi program biasiswanya.

Penerima biasiswa BNM akan memperoleh akses ke universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan oleh Bank untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang yang di tawarkan.

Oleh itu BNM telah telah menawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua (2) jenis biasiswa iaitu Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda.

Baca juga : Pendaftaran Peperiksaan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEx) Ogos 2022

Tawaran Pembiayaan

1) BIASISWA KIJANG

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2) BIASISWA SARJANA MUDA

Biasiswa Sarjana Muda dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda.

Pemohon yang berjaya akan melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan ekonomi, perakaunan, kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, sains data, undang-undang, atau sains komputer.

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi kedua-dua biasiswa ini telah pun dibuka mulai:

  • 16 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan biasiswa yang perlu dipenuhi:

1) BIASISWA KIJANG

  • Mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang:
    • Minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2022.

2) BIASISWA SARJANA MUDA

  • Mendapat keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
    • STPM/A-Level : Sekurang-kurangnya 3A
    • Diploma/Matrikulasi : Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
    • Australian Matriculation : ATAR sekurang-kurangnya 85%
    • American Foundation Program : SAT sekurang-kurangnya 1,200 markah
  • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda:
    • PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini.
  • SPM:
    • Sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2022.
  • Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.

Keterikatan Dengan Bank

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima kedua-dua biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah 1 tahun pengajian bersamaan dengan 2 tahun tempoh perkhidmatan di Bank. 

Cara Memohon Biasiswa

Ikuti langkah-langkah permohonan biasiswa dibawah ini:

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda, sila layari laman web BNM iaitu https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships.

Baca juga : Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara LPSM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.