Advertisements

Permohonan Biasiswa OSK Foundation 2022

Advertisements

Permohonan bagi Biasiswa OSK Foundation telah pun dibuka untuk permohonan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang kurang bernasib baik daripada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira jantina, etnik, agama dan kepercayaan.

Tujuannya tidak lain adalah untuk menanggung perbelanjaan sara hidup bulanan pelajar dalam mencapai pendidikan lebih tinggi dan berkualiti dalam meningkatkan kehidupan masa depan mereka dan keluarga mereka.

Manfaat Yang Bakal Diterima

Pelajar yang menerima biasiwa ini akan mendapat manfaat-manfaat berikut:

  1. Yuran pengajian penuh dan elaun sara hidup bulanan sepanjang program ijazah;
  2. Program Pembangunan Ijazah untuk memupuk anda ke potensi penuh anda;
  3. Peluang bimbingan dan latihan amali; dan
  4. Perancangan kerjaya berstruktur.

Universiti Yang Terlibat

Biasiswa OSK Foundation akan menawarkan tajaan kepada pelajar yang mendapat penempatan pengajian di universiti-universiti di bawah:

  1. HELP University
  2. Tunku Abdul Rahman University College (TARUC)
  3. Taylor’s University
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Biasiswa OSK Foundation mengutamakan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam salah satu bidang pengajian berikut:

  • Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik
  • Kewangan, Perakaunan dan Audit Dalaman
  • Ekonomi
  • Pengurusan perniagaan
  • Pengurusan pembinaan
  • Ukur Bahan
  • Psikologi Pengurusan
  • Hospitaliti
  • Teknologi Maklumat, Sistem Maklumat dan Analisis Data

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun dan ke bawah.
  2. Minimum 3A dan PNGK 3.00 dalam STPM atau kelayakan lain yang setaraf iaitu. A-Levels, UEC, Matrikulasi, Asasi atau Diploma.
  3. Minimum 6A dalam SPM (termasuk mata pelajaran teras dan elektif) atau kelayakan lain yang setaraf iaitu. O-Levels atau GCE.
  4. Telah diterima untuk melanjutkan pengajian peringkat pertama sepenuh masa dengan rakan kongsi pendidikan kami: Universiti HELP, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), Universiti Taylor dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
  5. [Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan penguasaan bahasa Inggeris yang kuat.
  6. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, bercita-cita tinggi, berdikari, didorong dan mempunyai keupayaan kepimpinan yang kukuh.
  7. Bersedia berkhidmat dalam Kumpulan OSK untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian.
  8. Pendapatan kasar isi rumah tidak boleh melebihi RM8,000 sebulan (keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan tunggal atau ibu bapa tunggal). Bukti keperluan kewangan diperlukan.

Baca juga: Academy in Factory (AiF): Bekerja Sambil Belajar Di Kilang

Cara Memohon

Permohonan untuk biasiswa OSK Foundation ini boleh dibuat dengan melayari laman OSK Foundation di pautan https://www.oskfoundation.com/scholarship/

Tarik Tutup Permohonan

Permohonan untuk biasiswa OSK Foundation telah dibuka dan akan ditutup sehingga 28 Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung melalui emel di [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.