Advertisements

Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi 2022

Advertisements

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) merupakan biasiswa 2022 dijenamakan semula sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) yang diberikan kepada pelajar daripada keluarga yang memerlukan.

Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.

Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Syarat Kelayakan

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Seklah Menengah) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  10. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

Cara Memohon

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah seperti berikut:

  1. Borang permohonan boleh diperolehi di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke semula ke sekolah masing-masing.
  3. Setiap sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohonan.

Baca juga: iBantuan Terengganu Bagi Ibu Tunggal, OKU Dan Pence Rakyat Secara One-Off

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuka mulai 15 Ogos sehingga 14 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.