Advertisements

Permohonan Biasiswa Pahang Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4 2022)

Advertisements

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) merupakan biasiswa yang diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di sekolah menengah yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, kepada murid Tingkatan 1 dan 4 yang belajar di sekolah menengah di Negeri Pahang berpeluang untuk memohon biasiswa kewangan daripada Yayasan Pahang.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai permohonan biasiswa Pahang ini.

Baca juga : Cara Mohon Program Bantuan Infrastuktur Sekolah Negeri Selangor 2022

Jenis Sekolah

Berikut merupakan jenis-jenis sekolah yang layak untuk memohon biasiswa :

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Agama (SMA)
  • SekolahAgama Bantuan Kerajaan (SABK)

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai :

  • 12 Mei hingga 15 Jun 2022

Kadar Bantuan Biasiswa

Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan biasiswa Pahang sebanyak :

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • RM600 setahun

Peringkat Kelayakan Permohonan

Permohonan biasiswa ini terbuka kepada pelajar :

  • Tingkatan 1 dan 4

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan biasiswa Pahang :

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa pemohon warganegara Malaysia.
  • Pemohon / ibu / bapa mestilah lahir di negeri Pahang atau bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Pemohon mempunyai adik-beradik yang ramai dan masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon mestilah tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara Permohonan

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan :

  • Dapatkan borang permohonan di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
  • Sila lengkapkan butiran yang diperlukan.
  • Borang yang telah lengkap diisi, perlu di hantar kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai biasiswa Sekolah Menegah Pahang, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau layari laman sesawang Yayasan Pahang.

Baca juga : BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

This image has an empty alt attribute; its file name is image-22.png

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.