Advertisements

Permohonan Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022

Advertisements

Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022 kini dibuka lagi khusus untuk pelajar dari keluarga golongan B40.

Biasiswa ini turut meliputi elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian.​

Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM menawarkan 51 program daripada pengajian diploma, ijazah dan pasca siswazah dengan memberi penekanan kepada ekosistem automotif.

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai program Biasiswa ini:

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan bagi Program Dermasiswa B40 adalah seperti yang tertera:

  • Diploma in Automotive Technology
  • Diploma in Occupational Safety dan Health
  • Diploma in Procurement Management

Jenis Biasiswa Yang Ditawarkan

Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022 akan menaya yuran pengajian penuh, yuran lain-lain, yuran penginapan dan elaun bulanan.

Baca juga: Tawaran Biasiswa Penuh FGV Kepada Pelajar Lepasan SPM 2021

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kriteria akademik:
  • Lulus SPM dengan 5 kepujian dan ke atas
  • Tiada rekod tindakan tatatertib.
  • Kemahiran kepimpinan yang kuat, aktif dalam kurikulum tambahan, aktiviti sosial dan sukarela.
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga yang sah adalah dalam kategori B40.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses pemilihan.

Cara Memohon

Calon yang layak boleh membuat permohonan secara atas talian dengan mengisi borang melalui pautan di bawah:

https://tinyurl.com/DRMSB40 atau terus ke laman web rasmi DRB HICOM.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements