Sejak tahun 1975, PETRONAS telah memberikan tajaan kepada pelajar yang layak dan berani mendorong batas secara akademik, serta memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan.
Dengan tajaan PETRONAS, selain dapat membentuk bakat yang berpotensi, ianya juga dapat menyumbang kembali kepada syarikat dan negara terutamanya di dalam industri minyak dan gas.
Terbaharu, PETRONAS skali lagi membuka permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) bagi semua calon lepasan SPM tahun 2021.
Bidang Tajaan
Bidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut:
- Kejuruteraan Kimia
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Petroleum
- GeoSains
- Kimia Gunaan
- Biokimia
- Sains Persekitaran
- Sains Aktuari
- Sains Komputer
- Statistik
- Matematik
- Akauntan
- Ekonomi
- Undang-undang
- Psikologi
- Sosiologi
- Pengurusan Perniagaan
Syarat Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2022
Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:
- Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
- Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
- Program Matrikulasi / Asasi
- Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.
Syarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci di sini.
Cara Memohon PESP
Permohonan akan dibuka secara atas talian di laman web PESP iaitu https://educationsponsorship.petronas.com.my.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Sebarang perubahan maklumat boleh emel ke [email protected]
Baca juga: Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Dibuka Mulai 1 Jun

Tarikh Permohonan
permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022 (10pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).
Semakan Status Permohonan PESP
Pemohon boleh menyemak status permohoanan di pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan PESP boleh hantarkan emel ke [email protected] atau hubungi nombor berikut di talian 03 – 2331 2277/2299/3311.