Advertisements

Biasiswa Soh Kim Mee Bagi Pelajar Bacelor UPM

Advertisements

Biasiswa Soh Kim Mee adalah sumbangan daripada alumni tersohor, Dato’ Soh Poh Sheng, Pengerusi, Samsoney Group (alumni UPM Kelas 1976).

Beliau telah bersetuju menyumbang dana sebanyak RM1 juta dalam bentuk biasiswa di bawah nama Biasiswa Soh Kim Mee bersempena dengan nama mendiang ayah beliau.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai biasiswa ini.

Pengajian Yang Ditaja

Biasiswa ini akan menaja satu (1) pelajar Bacelor dan satu (1) pelajar Diploma program Sains Pertanian pada setiap tahun dalam usaha membantu membiayai pendidikan kepada pelajar yang layak.

Syarat Kelayakan Biasiswa

Pelajar yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada pelajar Fakulti Pertanian UPM peringkat Bacelor, walaubagaimanapun keutamaan diberikan kepada pelajar Bacelor Sains Pertanian sahaja.
  3. Pelajar telah menunjukkan dan mencapai kejayaan yang memuaskan pada semester pertama tahun pertama pengajian.
  4. Hanya pelajar semester kedua, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  5. Pendapatan isi rumah haruslah berjumlah RM3,000 ke bawah dan
  6. Pelajar/IbuBapa diiktiraf sebagai golongan asnaf digalakkan memohon
  7. Biasiswa adalah khas untuk pelajar UPM Kampus Serdang sahaja.

Baca juga: Biasiswa Alumni Yayasan Pak Rashid Untuk Pelajar UPM

Tempoh Permohonan

Permohonan adalah dibuat setiap tahun pada awal pengajian.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Sekretariat Biasiswa Soh Kim Mee di talian +603-8747 1017.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila layari pautan Biasiswa atau hubungi talian 03-8748 1017.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.