Advertisements

Permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2022

Advertisements

Pelajar yang sedang belajar di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dipelawa untuk memohon Biasiswa Yayasan KLK 2022.

Yayasan KLK yang merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

KLK merupakan sebuah syarikat peladangan yang telah ditubuhkan sejak 1906 dan disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Menerusi yayasan yang ditubuhkan ini, mereka turut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.

Selain menawarkan biasiswa, pelajar yang ditaja juga berpeluang bekerja di syarikat ini atau dalam unit perniagaan yang lain.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Biasiswa Yayasan KLK ini.

Kadar Biasiswa

Pelajar bagi kursus Ijazah Sarjana Muda yang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Institusi Awam – RM 13,000 setiap tahun akademik.
  • Institusi Swasta – RM 20,000 setiap tahun akademik.

Bidang Pengajian

Berikut merupakan bidang pengajian diutamakan untuk tajaan biasiswa ini:

  • Sains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.
  • Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).
  • Perakaunan atau Kewangan.
  • Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).
  • Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin memohon biasiswa Yayasan KLK ini perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.
  3. Aktif dalam aktiviti kokurikulum
  4. Mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi
  5. Tidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi
  6. Bon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.

Cara Memohon

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan.
  2. Imbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email protected]; atau
  3. Poskan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:

    Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,
    Kuala Lumpur Kepong Berhad,
    Wisma Taiko, No 1,
    Jalan S.P Seenivasagam,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Baca juga: Skim Bantuan Pelajar IPT Risda 2022 Bagi Kemasukan Diploma & Ijazah

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa KLK, sila layari laman web https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements